Hari ni hari yang paling memalukan okeyyyy...lepas habis kelas database aku dengan kawan2 nak gi fotostat kat kolej aku tu...siap je fotostat, kitorang pon bejalan beramai2 nak keluar dari kolej tu..tengah jalan tiba2 kawan aku sorang ni senggol lengan aku..aku ni kalau berjalan memang suka berhayal..yang kawan aku ni senggol lengan aku sambil suruh aku pandang ke kiri..bila aku pandang aku ternampak lelaki asing yang gemok. Dengan mata bulat sambil mulut ternganga aku mulut aku mengeluarkan perkataan 'woooooo'...bila laki gemok tu keluar dari kelas dia, kat belakang laki tu muncul la seorang jejaka yang teramat ku kenali dan juga aku rindui..bila nampak je jejaka tu mulut aku lagi sekali keluarkan bunyi 'wooooooooo'...lagi kuat dari yang mula2 keluar tadi..aku punya la terkejut bila nampak Mr M yang ada kat belakang laki gemok tu..yang aku tau masa pandang Mr M tu mulut aku terlopong dan mata aku bulat gile..terkejut punya pasalllll..aku melatah sebenarnye masa tu..Mr M nampak aku n dia angkat kening dia sambil senyum ke arah aku..tiba2 secara automatik mulut aku pun senyum balik..adesssss...aku macam sedar tak sedar je masa tu sebenarnya..terasa macam di awang-awangan jap..hahhahahha..
Dear my Mr M...actually..I miss u so much..tapi sy belagak macam sy takde perasaan je kat awak..dalam hati sy ni punye la melonjak2 bila awak bg 1 senyuman kat sy..walaupun hanya senyuman biase2 je, tp bg sy senyum tu sgt2 bermakna...hati sy cair stp kali awk senyum kat sy..utk pengetahuan awk, sy dah mula rindu balik kat awk..setelah hampir sebulan sy membekukan perasaan tu dalam hati sy..sy buat mcm tu sebab sy terasa dengan awk sbnrnye...tp sy xleh kawal hati dan perasaan sy ni..mereka ni sgt degil...walau ape pun yg terjadi...sy akn igt stp kngn indah yg awk bg kt sy slama sy mula usya awk...klu la stp knangan tu sy dpt rakam..mesti stp hari sy akan tgk video tu banyak-banyak kali..hahhahahahahaha..gila bayang dah ni..wekkkkkkk!!
Akhir kata... Saya rindu sangat2 la kat awkkkkkk...Mr M!!!
-S-
Tuesday, 16 October 2012
Sunday, 16 September 2012
ORANG BERBADAN BESAR MEMANG SELALU SENSITIF KE??
Sekarang ni aku tengok banyak orang kat malaysia ni yang berbadan besar. Kalau dulunya berbadan kecil, tapi bila jumpa 2 ke 3 tahun kemudian mesti tengok badan orang tu semakin membesar. Termasuk lah diri aku sendiri. Hahahahahahaha.. Aku ni memang suka makan pun. Makan tu dah jadi macam hobi untuk aku. Tapi yang sedihnya, kadar metabolisma badan aku ni rendah. Jadinya bila aku makan banyak sikit mulalah badan aku naik. Kadang-kadang tu geram juga bila fikir pasal berat badan aku ni. Mana tak nya, bila berat badan makin meningkat mulalah emosi aku pun semakin menjadi-jadi. Makin sensitif pulak aku sekarang ni. Lagi-lagi bila orang mula cakap pasal isu berat badan ni. Ishhh...Tak suka tau!
Hati aku selalu memaki-maki orang yang sebok pasal bentuk badan aku. Walaupun luarannya aku hanya tersenyum manis pada mereka tapi dalam hati aku ni mereka tu tak tahu yang aku tengah memaki-maki mereka tahap neraka. Hohohoho.. Kejamnya aku! Yaaaaaaaaa!!! Aku memang kejam! Muhahahahahaha..
Aku bukan apa, aku ni tak boleh kalau stress sikit. Nanti mulalah nak balas dendam pada makanan. Kadang-kadang kesian kat makanan tu sebab aku balas dendam pada mereka. Haha!
Sekarang ni memang badan aku naik menjadi-jadi. Maklum la.. Bila belajar makin susah, makin stress la aku. Jadi berat badan pun makin naik lah! Aku paling tak suka bila jumpa kawan-kawan lama ataupun saudara mara aku. Masa tu mulalah darah tinggi aku naik bila terpaksa mendengar kata-kata mereka yang tak habis-habis susah hati dengan perubahan bentuk badan aku. Ye, aku memang gemok sekarang! Dah tu kenape?? Kau susah hati ke?? Hahahahha.. (Stress sangat niiii!!)
Aku memang dah cuba untuk berdiet tapi masih lagi tak berjaya. Maklum lah bila ada duit sendiri kat tangan paham-paham jelah kan?? Tapi aku masih lagi mencuba untuk turunkan berat badan aku ke berat asal. Kalau boleh nak berat macam masa aku tadika dulu. Baru la ranggi namanya. Tapi sekarang ni memang aku mengimpikan bentuk badan macam Rozita Che Wan. Ceeewaahhhhhh!! Ada hati nak macam body Rozita Che Wan kononnnn... Kau hengat kau sape ha?? ekekekekkeek..
Badan Rozita Che Wan memang menjadi idaman aku. Ranggi tuuuu.. ahahahahaha.. Tadi masa kat rumah terbuka mak cik aku, aku dengan sepupu-sepupu aku ada buat cabaran antara satu sama lain. Siapa yang kurus masa kakak aku kahwin bulan 11 nanti, dia bakal dapat bunga telur 1 batang! hahahahaha.. Badan berketul-ketul ada hati nak pakai baju kebaya masa bulan 11 nanti. Memang aku tarik diri la dari cabaran kamu orang tu kan. Aku hanya akan pakai kebaya bila badan aku dah jadi macam Rozita Che Wan nanti! Hahahaha.. Aku memang panas hati sangat hari ni bila sepupu aku kata aku gemok! Dan hati aku sangat-sangat protes sepanjang hari ni. Aku kena tetapkan kat hati aku untuk dapat badan macam Rozita Che Wan jugak! Lambat atau cepat tak boleh nak cakap sekarang. Tapi kalau boleh masa akak aku kahwin nanti berat aku dah turun. Sikit pun tak pelah. Janji ada perubahan dari tak de langsung kan. Aku tak nak lah kurus gelojoh sangat. Nanti bila dah kurus aku jadi macam orang kebulur pulak. Lepas tu nanti mulalah berat naik mendadak. Huhuhuhu.. Takutnya..
Tapi aku harap azam aku kali ni akan berjaya. Aku sangat benci dengan orang yang mengutuk badan aku yang ranggi ni okehhhh!! Awas kau ya!
-S-
Monday, 10 September 2012
Simpan Sendiri
kerna mengakui diri tak sempurna
aku pendam apa yang dirasa
kerna tak mahu dikecewa
aku kunci mulut menahan kata
biar terseksa tapi aku rela
memeluk bahagia dalam derita
*pause*
Yang sebenarnya, aku cemburu
Mengapa aku bukan gadis itu
Mengapa tempat itu bukan milikku
Terpendam kata tak terungkap
Tersorok rasa tak tertangkap
Mereput sayu tak terucap
Pedihnya tiada siapa yang rasa
Cuma aku, aku yang merana
Dalam riuh ketawa terdiam seketika
"bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa"
Pedih pendam tak terluah rasa
Dan bilamana kau mahu dia
Aku terkedu bagai putus nyawa
Kutangkap bayang, rupanya fatamorgana
"biarlah aku pergi
tiada hampa di hati"
Membawa 'itu' hingga ke mati
Mengapa aku bukan gadis itu
Mengapa tempat itu bukan milikku
Terpendam kata tak terungkap
Tersorok rasa tak tertangkap
Mereput sayu tak terucap
Pedihnya tiada siapa yang rasa
Cuma aku, aku yang merana
Dalam riuh ketawa terdiam seketika
"bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa"
Pedih pendam tak terluah rasa
Dan bilamana kau mahu dia
Aku terkedu bagai putus nyawa
Kutangkap bayang, rupanya fatamorgana
"biarlah aku pergi
tiada hampa di hati"
Membawa 'itu' hingga ke mati
-M-
Thursday, 6 September 2012
Aku boleh tipu orang lain..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri..
Aku akui..memang fikiran aku terganggu bila aku ternampak si dia..Dalam hati kecil aku ni memang tercari-cari dia. Mungkin benda inilah yang buat aku rasa tertekan sangat sampai aku tak boleh nak belajar untuk final exam. Padahal aku ada dua paper yang aku kena harung hari ni. Tapi disebabkan gangguan yang tak pernah aku jangka tu, aku jadi stres sangat.
Masuk je parking library pagi tadi hati aku mula berdebar-debar. Aku sendiri pun x faham kenapa hati aku berdebar-debar. Aku berdebar sebab tak sabar nak jumpa dia + rindu yang teramat sangat atau sebab aku tengah cuba untuk buang dia dari hati aku dan aku takut untuk berhadapan dengan dia?? Hmmm..aku sendiri pun tak tahu jawapannya. Sebab aku rasa sekarang ni aku tengah berperang dengan perasaan aku sendiri.
Memang benda ni susah untuk aku hadapi. Tapi aku cuba sebaik yang mungkin. Sebab aku percaya kalau dia jodoh aku dia akan datang sendiri kat aku. Dalam dewan exam tadi kau duduk depan aku tapi baris sebelah. Aku hanya mampu melihat kau dari belakang. Dan aku rasa aku lebih suka cara macam tu sekarang. Walaupun aku tak dapat nak becakap dengan kau tapi sekurang-kurangnya aku dapat tengok kau lagi. Tu pun dah buat aku rasa bersyukur sangat.
Sebenarnya aku sengsara bila aku terpaksa menipu diri aku sendiri setiap masa.Aku terpaksa buat semua ni. Kalau ikutkan hati aku memang aku tak nak lepaskan kau. Sebab aku dah terlanjur sayangkan kau. Tapi lepas apa yang terjadi aku rasa aku patut jauhkan diri dari kau. Dengan cara ni je aku dapat selamatkan diri aku dari kecewa yang teruk suatu hari nanti. Kalau betul kau ada perasaan kat aku, kau akan datang sendiri kat aku. Bukan aku yang kena pergi kat kau.
Susah nya nak buat hati ni kembali seperti sedia kala. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku sampai aku berjaya. Untuk kau...kalau betul kau milik aku, kau sendiri akan datang cari aku..kalau kau bukan untuk aku, aku redha..sebab aku yakin akan ketentuanNya..

Friday, 17 August 2012
bukan salah siapa-siapa...
Wanita memang telah dicipta memiliki hati yang sangat lembut sehinggakan mudah patah apabila disentuh dengan tidak sengaja...Lelaki pula telah dicipta untuk memiliki hati yang teguh dan tidak mudah patah..
Kadang kala terjadi suatu kejadian dimana seorang wanita merasa sakit kerana hatinya dilukai oleh lelaki..Bila diteliti semula perkara tersebut, kadangkala ia bukan lah salah lelaki itu..Malah bukan jua salah wanita tersebut..kerana memang fitrah seorang lelaki sejati akan melayan seorang wanita dengan baik..dan tanpa wanita itu sedar yang hatinya telah terpaut dengan cara layanan lelaki tersebut..
Sampai suatu masa bila wanita tersebut bertindak memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya pada lelaki tersebut, hatinya hancur luluh bila mendapat tahu yang lelaki tersebut hanya menganggapnya sebagai kawan biasa dan layanan baiknya itu hanyalah kerana menghormati wanita tersebut sebagai kawannya..
Fitrah seorang wanita yang memiliki hati yang lembut dan hatinya mudah terusik oleh perbuatan seorang lelaki..Tidak ada sesiapa yang patut disalahkan dalam hal ini..Semua yang berlaku adalah lahir dari hati sanubari manusia yang tulus tanpa mereka sedari..Kita semua tidak suka disakiti dan dikecewakan..dan kita juga tidak mahu layanan baik kita terhadap orang lain kadang kala disalah tafsir..
Perkara yang membuatkan kita mudah kecewa adalah kerana kita telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang..dan apabila mereka tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan, kita akan terus kecewa dengan dirinya.
Setiap manusia normal mempunyai impian dan matlamat dalam hidup mereka. Untuk mencapai impian dan matlamat tersebut, mereka akan membina satu harapan dalam diri mereka sebagai perangsang untuk mencapainya. Tetapi apabila harapan yang diharapkan tidak kesampaian, ketika itulah seorang manusia itu merasa dirinya sangat kecewa. Sampaikan ada yang sanggup bertindak membunuh diri kerana mereka merasa tidak kuat untuk menempuhi dugaan hidup ini.
Perasaan manusia sentiasa berubah-ubah pada setiap masa. Hadirnya sesuatu perasaan itu selalunya tanpa kita duga..Oleh itu, kita perlulah sentiasa menjaga hati dan perasaan kita supaya kita tidak merasa sakit kecewa yang teramat sangat pada suatu masa nanti..

Saturday, 26 May 2012
Kitaran Pusingan
kita mula merangkak kemudian
bertatih kemudian
berlari kemudian
terjatuh kemudian
bangun kemudian
terjatuh lagi dan lagi
lalu bangkit semula
belajar dari kejahilan
lalu mentertawa kebodohan
kitaran itu tak berhenti
dan kita akan terus tertawa
mengenang kelucuan
kisah silam.
- M -
bertatih kemudian
berlari kemudian
terjatuh kemudian
bangun kemudian
terjatuh lagi dan lagi
lalu bangkit semula
belajar dari kejahilan
lalu mentertawa kebodohan
kitaran itu tak berhenti
dan kita akan terus tertawa
mengenang kelucuan
kisah silam.
- M -
Friday, 4 May 2012
Al Fatihah, Bro
Aku pernah terfikir
Bagaimana jika mata ini dah tak boleh lagi melihat?
Bagaimana jika mulut ini dah tak boleh lagi bercakap?
Bagaimana jika telinga ini dah tak boleh lagi mendengar?
Bagaimana jika hidung ini dah tak boleh lagi menghidu?
Lalu aku termenung
Jauh...
Aku biarkan emosi
Membuai segala persoalan
Seketika kemudian
Aku terdetik lagi
Bagaimana jika tangan ini dah tak mampu bergerak?
Mengusap pipi darah daging tercinta
Bagaimana jika kaki ini dah tak mampu melangkah?
Menemani kamu di setiap likuan jalan
Bagaimana jika....
Bagaimana jika..
Jika..
Jantung ini dah tak lagi berdetak?
Hati ini dah tak lagi berdegup?
Nafas ini dah tak lagi ada?
Lalu
Aku menangis
Aku capai sepasang pakaian
Putih warnanya
Dan juga satu tikar
Yang telah lama ku tinggalkan
..................
Adakah bakti yang aku curah selama ini
Bisa membawa aku ke syurga hakiki?
Apakah gelak tawa yang pernah aku beri
Akan terus diingat sampai mati?
Boleh aku pinta satu perkara?
Tak banyak aku minta
Cuma kirimkan aku Al Fatihah
Beserta doa
#Specially dedicate to Bob Kuman. Al Fatihah. You're the man bro. We're gonna miss you :') -M-

Wednesday, 2 May 2012
Seperti Dadah, Aku Ketagih
Aku mula ketagihan.
Entah kenapa sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, lagu ni sentiasa bermain difikiran. Hmmm mungkin sebab Hazama. herherher
Lagi satu lagu ni
Setiap hari aku berdoa agar aku dikurnia suara serak basah sama macam Tam. Tapi setiap hari aku hampa. Okay fine, mulai hari ni aku akan berdoa agar jodoh aku bersuara 100% macam Tam. hikhikhik

Monday, 16 April 2012
Isu Besar Ke?
Hello.
Kita semua dah tahu lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Razak dan Kaka dah diharamkan government. Sebab apa? Sebab bait kata lagu ni kedengaran sumbang. Bukan sumbang mahram eh. Katanya lirik lagu ni menggalakkan gadis sunti lari rumah. Gadis tak sunti pun sama, lari rumah.
Ada yang kata, sekali dengar dah nampak sangat lagu ni dibuat untuk anak remaja lari rumah. Kiranya kalau lari rumah dengan boyfriend sambil dengar lagu ni akan lebih bersemangat kot. Tak pun bila dengar lagu ni berulang kali sehari, perasaan ingin lari rumah dengan kekasih hati membuak buak.
Oh come on. Kalau betul pun lagu ni macam apa yang dikatakan, takkan lah ada orang yang sangat bodoh sampai terikut ikut? Dan kalau betul ada, tahniah. Anda dah boleh gali kubur sendiri. Pergi mati lagi bagus rasanya. Maaf kerana kasar tapi kalau tak kasar, orang takkan sedar.
Aku tak sebelahkan mana mana pihak tapi fikirlah sebelum suka suka nak jatuh hukum. Mungkin lagu ni ada silap kat mana mana. Tapi lagu lagu nasyid dan keagamaan tu macam mana? Tak ada orang terikut ikut pun walaupun melody nya bagus. Kenapa lagu macam ni keluar, terus jadi isu besar? Ke kita yang berfikiran negatif sebenarnya?
Aku malas nak komen panjang panjang, nanti kena maki. Senang cerita, terpulang kepada mentaliti pendengar tu. Kalau dia jenis positif, maka positif lah cara penerimaan dia dan sebaliknya.
Bagi aku, sebuah lagu hanya sebuah lagu. Yang baik kita ikut, yang buruk kita elak.
-M-
Thursday, 12 April 2012
I'm 22 now~!
![]() |
~scha & art (my sis) bday cake~ |
Sebelum aku sambut dengan keluarga aku ahad lepas, kawan aku pun dah sambut untuk aku juga. Lagi awal! Hahahaha..Dia belanja makan kat Secret Recipe. Hehehehe...Terima kasih Mahfuza Mokhtar sebab belanja aku. Terharu sangat!Tahun ni banyakjuga kenangan indah dalam hidup aku. Dan aku juga macam tak sangka yang aku berumur 22 tahun. Aku harap sangat aku boleh berubah menjadi seperti gadis yang berumur 22 tahun la. Hahahahahah..
Terima kasih sangat-sangat pada insan-insan yang selama ini sentiasa ada untuk aku. Terima kasih juga pada yang dah ucapkan selamat hari jadi pada aku. Sampai lenguh jari aku nak balas semua ucapan-ucapan yang kamu-kamu bagi kat aku. Hehehehe..Rasa gembira dan terharu sangat-sangat. Semoga Allah memberkati hidupku dan hidup kalian juga. Aaamiiinnn...
-S-
![]() |
scha with ayu (fren) |
![]() |
ina & fuza..dua2 my fren jugak! =) |
Subscribe to:
Posts (Atom)