Hello.
Kita semua dah tahu lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Razak dan Kaka dah diharamkan government. Sebab apa? Sebab bait kata lagu ni kedengaran sumbang. Bukan sumbang mahram eh. Katanya lirik lagu ni menggalakkan gadis sunti lari rumah. Gadis tak sunti pun sama, lari rumah.
Ada yang kata, sekali dengar dah nampak sangat lagu ni dibuat untuk anak remaja lari rumah. Kiranya kalau lari rumah dengan boyfriend sambil dengar lagu ni akan lebih bersemangat kot. Tak pun bila dengar lagu ni berulang kali sehari, perasaan ingin lari rumah dengan kekasih hati membuak buak.
Oh come on. Kalau betul pun lagu ni macam apa yang dikatakan, takkan lah ada orang yang sangat bodoh sampai terikut ikut? Dan kalau betul ada, tahniah. Anda dah boleh gali kubur sendiri. Pergi mati lagi bagus rasanya. Maaf kerana kasar tapi kalau tak kasar, orang takkan sedar.
Aku tak sebelahkan mana mana pihak tapi fikirlah sebelum suka suka nak jatuh hukum. Mungkin lagu ni ada silap kat mana mana. Tapi lagu lagu nasyid dan keagamaan tu macam mana? Tak ada orang terikut ikut pun walaupun melody nya bagus. Kenapa lagu macam ni keluar, terus jadi isu besar? Ke kita yang berfikiran negatif sebenarnya?
Aku malas nak komen panjang panjang, nanti kena maki. Senang cerita, terpulang kepada mentaliti pendengar tu. Kalau dia jenis positif, maka positif lah cara penerimaan dia dan sebaliknya.
Bagi aku, sebuah lagu hanya sebuah lagu. Yang baik kita ikut, yang buruk kita elak.
-M-