Friday, 17 August 2012

bukan salah siapa-siapa...

Wanita memang telah dicipta memiliki hati yang sangat lembut sehinggakan mudah patah apabila disentuh dengan tidak sengaja...Lelaki pula telah dicipta untuk memiliki hati yang teguh dan tidak mudah patah..
Kadang kala terjadi suatu kejadian dimana seorang wanita merasa sakit kerana hatinya dilukai oleh lelaki..Bila diteliti semula perkara tersebut, kadangkala ia bukan lah salah lelaki itu..Malah bukan jua salah wanita tersebut..kerana memang fitrah seorang lelaki sejati akan melayan seorang wanita dengan baik..dan tanpa wanita itu sedar yang hatinya telah terpaut dengan cara layanan lelaki tersebut..

Sampai suatu masa bila wanita tersebut bertindak memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya pada lelaki tersebut, hatinya hancur luluh bila mendapat tahu yang lelaki tersebut hanya menganggapnya sebagai kawan biasa dan layanan baiknya itu hanyalah kerana menghormati wanita tersebut sebagai kawannya..
Fitrah seorang wanita yang memiliki hati yang lembut dan hatinya mudah terusik oleh perbuatan seorang lelaki..Tidak ada sesiapa yang patut disalahkan dalam hal ini..Semua yang berlaku adalah lahir dari hati sanubari manusia yang tulus tanpa mereka sedari..Kita semua tidak suka disakiti dan dikecewakan..dan kita juga tidak mahu layanan baik kita terhadap orang lain kadang kala disalah tafsir..

Perkara yang membuatkan kita mudah kecewa adalah kerana kita telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang..dan apabila mereka tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan, kita akan terus kecewa dengan dirinya.
Setiap manusia normal mempunyai impian dan matlamat dalam hidup mereka. Untuk mencapai impian dan matlamat tersebut, mereka akan membina satu harapan dalam diri mereka sebagai perangsang untuk mencapainya. Tetapi apabila harapan yang diharapkan tidak kesampaian, ketika itulah seorang manusia itu merasa dirinya sangat kecewa. Sampaikan ada yang sanggup bertindak membunuh diri kerana mereka merasa tidak kuat untuk menempuhi dugaan hidup ini.

Perasaan manusia sentiasa berubah-ubah pada setiap masa. Hadirnya sesuatu perasaan itu selalunya tanpa kita duga..Oleh itu, kita perlulah sentiasa menjaga hati dan perasaan kita supaya kita tidak merasa sakit kecewa yang teramat sangat pada suatu masa nanti..

-S-