Sunday, 16 September 2012

ORANG BERBADAN BESAR MEMANG SELALU SENSITIF KE??

Sekarang ni aku tengok banyak orang kat malaysia ni yang berbadan besar. Kalau dulunya berbadan kecil, tapi bila jumpa 2 ke 3 tahun kemudian mesti tengok badan orang tu semakin membesar. Termasuk lah diri aku sendiri. Hahahahahahaha.. Aku ni memang suka makan pun. Makan tu dah jadi macam hobi untuk aku. Tapi yang sedihnya, kadar metabolisma badan aku ni rendah. Jadinya bila aku makan banyak sikit mulalah badan aku naik. Kadang-kadang tu geram juga bila fikir pasal berat badan aku ni. Mana tak nya, bila berat badan makin meningkat mulalah emosi aku pun semakin menjadi-jadi. Makin sensitif pulak aku sekarang ni. Lagi-lagi bila orang mula cakap pasal isu berat badan ni. Ishhh...Tak suka tau!

Hati aku selalu memaki-maki orang yang sebok pasal bentuk badan aku. Walaupun luarannya aku hanya tersenyum manis pada mereka tapi dalam hati aku ni mereka tu tak tahu yang aku tengah memaki-maki mereka tahap neraka. Hohohoho.. Kejamnya aku! Yaaaaaaaaa!!! Aku memang kejam! Muhahahahahaha..
Aku bukan apa, aku ni tak boleh kalau stress sikit. Nanti mulalah nak balas dendam pada makanan. Kadang-kadang kesian kat makanan tu sebab aku balas dendam pada mereka. Haha!

Sekarang ni memang badan aku naik menjadi-jadi. Maklum la.. Bila belajar makin susah, makin stress la aku. Jadi berat badan pun makin naik lah! Aku paling tak suka bila jumpa kawan-kawan lama ataupun saudara mara aku. Masa tu mulalah darah tinggi aku naik bila terpaksa mendengar kata-kata mereka yang tak habis-habis susah hati dengan perubahan bentuk badan aku. Ye, aku memang gemok sekarang! Dah tu kenape??  Kau susah hati ke?? Hahahahha.. (Stress sangat niiii!!)

Aku memang dah cuba untuk berdiet tapi masih lagi tak berjaya. Maklum lah bila ada duit sendiri kat tangan paham-paham jelah kan?? Tapi aku masih lagi mencuba untuk turunkan berat badan aku ke berat asal. Kalau boleh nak berat macam masa aku tadika dulu. Baru la ranggi namanya. Tapi sekarang ni memang aku mengimpikan bentuk badan macam Rozita Che Wan. Ceeewaahhhhhh!! Ada hati nak macam body Rozita Che Wan kononnnn... Kau hengat kau sape ha?? ekekekekkeek..

Badan Rozita Che Wan memang menjadi idaman aku. Ranggi tuuuu.. ahahahahaha.. Tadi masa kat rumah terbuka mak cik aku, aku dengan sepupu-sepupu aku ada buat cabaran antara satu sama lain. Siapa yang kurus masa kakak aku kahwin bulan 11 nanti, dia bakal dapat bunga telur 1 batang! hahahahaha.. Badan berketul-ketul ada hati nak pakai baju kebaya masa bulan 11 nanti. Memang aku tarik diri la dari cabaran kamu orang tu kan. Aku hanya akan pakai kebaya bila badan aku dah jadi macam Rozita Che Wan nanti! Hahahaha.. Aku memang panas hati sangat hari ni bila sepupu aku kata aku gemok! Dan hati aku sangat-sangat protes sepanjang hari ni. Aku kena tetapkan kat hati aku untuk dapat badan macam Rozita Che Wan jugak! Lambat atau cepat tak boleh nak cakap sekarang. Tapi kalau boleh masa akak aku kahwin nanti berat aku dah turun. Sikit pun tak pelah. Janji ada perubahan dari tak de langsung kan. Aku tak nak lah kurus gelojoh sangat. Nanti bila dah kurus aku jadi macam orang kebulur pulak. Lepas tu nanti mulalah berat naik mendadak. Huhuhuhu.. Takutnya.. 

Tapi aku harap azam aku kali ni akan berjaya. Aku sangat benci dengan orang yang mengutuk badan aku yang ranggi ni okehhhh!! Awas kau ya!

-S-

Monday, 10 September 2012

Simpan Sendiri

kerna mengakui diri tak sempurna
aku pendam apa yang dirasa
kerna tak mahu dikecewa
aku kunci mulut menahan kata
biar terseksa tapi aku rela
memeluk bahagia dalam derita

*pause*

Yang sebenarnya, aku cemburu
Mengapa aku bukan gadis itu
Mengapa tempat itu bukan milikku

Terpendam kata tak terungkap
Tersorok rasa tak tertangkap
Mereput sayu tak terucap

Pedihnya tiada siapa yang rasa
Cuma aku, aku yang merana
Dalam riuh ketawa terdiam seketika

"bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa"
Pedih pendam tak terluah rasa

Dan bilamana kau mahu dia
Aku terkedu bagai putus nyawa
Kutangkap bayang, rupanya fatamorgana

"biarlah aku pergi
tiada hampa di hati"
Membawa 'itu' hingga ke mati

-M-

Thursday, 6 September 2012

Aku boleh tipu orang lain..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri..

Aku akui..memang fikiran aku terganggu bila aku ternampak si dia..Dalam hati kecil aku ni memang tercari-cari dia. Mungkin benda inilah yang buat aku rasa tertekan sangat sampai aku tak boleh nak belajar untuk final exam. Padahal aku ada dua paper yang aku kena harung hari ni. Tapi disebabkan gangguan yang tak pernah aku jangka tu, aku jadi stres sangat.

Masuk je parking library pagi tadi hati aku mula berdebar-debar. Aku sendiri pun x faham kenapa hati aku berdebar-debar. Aku berdebar sebab tak sabar nak jumpa dia + rindu yang teramat sangat atau sebab aku tengah cuba untuk buang dia dari hati aku dan aku takut untuk berhadapan dengan dia?? Hmmm..aku sendiri pun tak tahu jawapannya. Sebab aku rasa sekarang ni aku tengah berperang dengan perasaan aku sendiri.

Memang benda ni susah untuk aku hadapi. Tapi aku cuba sebaik yang mungkin. Sebab aku percaya kalau dia jodoh aku dia akan datang sendiri kat aku. Dalam dewan exam tadi kau duduk depan aku tapi baris sebelah. Aku hanya mampu melihat kau dari belakang. Dan aku rasa aku lebih suka cara macam tu sekarang. Walaupun aku tak dapat nak becakap dengan kau tapi sekurang-kurangnya aku dapat tengok kau lagi. Tu pun dah buat aku rasa bersyukur sangat.

Sebenarnya aku sengsara bila aku terpaksa menipu diri aku sendiri setiap masa.Aku terpaksa buat semua ni. Kalau ikutkan hati aku memang aku tak nak lepaskan kau. Sebab aku dah terlanjur sayangkan kau. Tapi lepas apa yang terjadi aku rasa aku patut jauhkan diri dari kau. Dengan cara ni je aku dapat selamatkan diri aku dari kecewa yang teruk suatu hari nanti. Kalau betul kau ada perasaan kat aku, kau akan datang sendiri kat aku. Bukan aku yang kena pergi kat kau.

Susah nya nak buat hati ni kembali seperti sedia kala. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku sampai aku berjaya. Untuk kau...kalau betul kau milik aku, kau sendiri akan datang cari aku..kalau kau bukan untuk aku, aku redha..sebab aku yakin akan ketentuanNya..

-S-