Hahahahahaha..aku tak tahu la apa perasaan aku sekarang ni..Ye aku akui aku memang cuai dan paling kronik ialah aku pelupa. Hahahahahah..Semalam tiba-tiba mood aku rajin nak mengulangkaji pelajaran.Cewahhhh...aku ke tu??hahahah..Tengah mood baik nak belajar ni aku pun cari la nota subjek operating system yang banyak tu..Nota subjek ni memang tebal-tebal..Nak dipendekkan cerita, kalau kita nak belajar mestila bermula dari bab yang awal kan?Jadi aku pun cari lah bab 2..Cari punya cari tak jumpa-jumpa.Semua tempat aku dah cari.Sampai dalam almari baju pun aku selongkar juga.Hahahhahaah..Aku selak satu persatu semua nota aku.Tak jumpa juga.Lama-lama aku putus asa. Aku pun cuba memujuk hati aku untuk belajar bab lain dulu. Tapi sebab mood pun dah rosak hanya disebabkan nota bab 2 hilang jadi aku pun tak jadilah belajar. Hahahaha.. Tapi jauh di sudut hati aku berkata kalau aku dah print nota baru nanti mesti baru jumpa nota yang hilang tu. Aku cuba cari lagi sekali. Kira untuk yang terakhir kali la sebelum aku print nota baru. Memang tak jumpa. Aku pun ON la printer dan print nota bab 2 tu.. Aku ni bukannya tak boleh nak print terus nota yang hilang tu, cuma aku fikir selagi boleh cari apa salahnya cari dulu kan? Disamping itu dapat la aku jimat dakwat dan kertas. Aku sayang la kalau nak bazir dakwat dan kertas ni. Benda-benda tu bukan percuma. Masa aku dah print nota bab 2 tu aku nota subjek lain juga. Aku ni tak boleh hayal sikit. Kalau berhayal mesti ada je benda yang tak diingini akan berlaku. Masa print nota subjek lain tu aku tak tengok pun printer tu. Sebab aku yakin lebih je yang aku tak buat silap masa nak print tu. Aku pun layan la benda lain sementara nak tunggu siap print. Online fb la..Dengar radio la..Tiba-tiba aku rasa macam lama sangat je masa yang diambil untuk print nota tu. Aku pun tengok la printer tu..Alangkah terkejutnya aku bila aku tengok printer tu print 1 slide untuk 1 kertas. Aduiiii..memang teruji sangat kesabaran aku masa tu. Yela, mana tak nya..aku nak jimat dakwat dan kertas tapi makin membazir pula. Huhuhuhu..Rasa nak nangis je masa tu..Aku pun terus cancel printing dan print yang baru. Kali ni mesti lah aku lebih berjaga-jaga kan? Hahahaha..padan muka aku. ok habis cerita pasal print nota...
Dan hari ini, pada waktu ini, tiba-tiba aku teringat yang aku ada kerja yang nak disiapkan. Baru teringat yang lab programming minggu lepas tak siap lagi. Jadi aku pun nak carilah nota-nota subjek programming. Dalam menyelak-nyelak nota aku yang dah bercampur aduk tu, tiba-tiba aku tertarik nota bab 2 operating system yang aku cari tak jumpa-jumpa semalam tu. Ya Allah...Betapa cuainya hambamu ini Ya Allah..padahal aku dah cari banyak kali kat tempat yang sama. Tapi kenapalah aku langsung tak perasan nota tu?? Terasanya bodohnya diri ini..Benda kecil macam tu pun aku cuai..Huhuhu..Kalau aku kat rumah mesti dah minta mak tolong carikan barang aku yang hilang dan mak mesti akan jumpa barang aku yang hilang tu..Sedangkan aku cari kat tempat yang sama tetap tak dapat jumpa. Huhuhuu..terima kasih mak sebab selalu tolong cari barang cha yang hilang.. Kadang-kadang aku rasa kelakar dengan diri aku ni. Yela..benda depan mata pun tak nampak. Tapi kalau dah banyak kali cari tak jumpa tu memang sangat menguji. Lepas tu jumpa kat tempat yang dah cari banyak kali. Nampak sangat lah kecuaian yang sangat ketara disitu. Huhuhuhu..sukar untuk aku maafkan diri aku yang cuai ni..Ya Allah..bantulah hambamu yang cuai ini..supaya menjadi lebih peka..Amiiinnnn...ok lah..tu je yang kongsi. Sebab geram bercampur kelakar dengan insiden yang berlaku..huhuhu..
-S-
Monday, 26 March 2012
Sunday, 25 March 2012
Teknik memasak guna rice cooker..
Haa..masa belajar mesti kita nak berjimat cermat kan? Ada yang nak berjimat, mereka suka masak sendiri dirumah berbanding beli makanan diluar. Yela, kalau sebungkus nasi dan lauk berharga RM5 untuk sekali makan, mesti tak cukup untuk tahan perut kita untuk 1 hari kan? Kalau aku makan nasi sekali sehari ok je tapi petang kena la makan sampingan macam roti ke..mi ke.. atau cekodok..baru rasa kenyang. Ada juga orang yang nak berjimat dia masak nasi sendiri tapi beli lauk kat luar. Kebanyakan kita mesti ada rice cooker je kan? Sebab tu lah kita cuma boleh masak nasi je.
Sekarang aku nak kongsi teknik untuk memasak apa sahaja dengan menggunakan rice cooker. Sebelum ni aku menghadapi kesukaran juga untuk masak guna rice cooker ni. Sebab bila panas je secara automatik rice cooker tu akan alih pada mode 'WARM'. Sebelum ni bila nak masak aku kena letak apa-apa atas rice cooker supaya jadi berat dan boleh la tekan untuk 'COOK'. Kalau kita cuma letak minyak dalam tu mesti kita tak boleh tekan untuk cook sebab periuk tu ringan. Lama aku fikir pasal masalah aku ni. Tiba-tiba minggu ni aku dapat idea untuk sendal ruang untuk tekan button cook tu. Jadi bawah ni aku tunjukkan cara aku sendal rice cooker tu dengan sapu tangan. Hehehehe..
Selalunya cekodok yang aku masak mesti keras sebab kejap suhu masa masak tu berubah-ubah kan. Tapi hari ni cekodok yang aku masak rangup dan sedap! Hahahaha..puji diri sendiri la pulak. Tapi serius memang sedap kali ni. Jadi lepas ni tak payah la aku nak susah-susah tekan periuk masa masak. Yang aku pelik kenapa lah idea ni tak datang masa mula-mula aku masak guna rice cooker. Kalau tak mesti hidup aku akan lebih mudah dengan rice cooker yang aku ada. Hehehe.. Jadi kat bawah ni aku lampirkan la sedikit sebanyak gambar-gambar bukti yang aku masak guna rice cooker. Gambar nasi goreng cina yang aku masak semalam pun ada.. Hehehehe.. Kepada yang nak cuba tu boleh la mencuba ya..Jimat pun jimat. Renung-renungkan dan selamat mencuba ye! =)
-S-
Sekarang aku nak kongsi teknik untuk memasak apa sahaja dengan menggunakan rice cooker. Sebelum ni aku menghadapi kesukaran juga untuk masak guna rice cooker ni. Sebab bila panas je secara automatik rice cooker tu akan alih pada mode 'WARM'. Sebelum ni bila nak masak aku kena letak apa-apa atas rice cooker supaya jadi berat dan boleh la tekan untuk 'COOK'. Kalau kita cuma letak minyak dalam tu mesti kita tak boleh tekan untuk cook sebab periuk tu ringan. Lama aku fikir pasal masalah aku ni. Tiba-tiba minggu ni aku dapat idea untuk sendal ruang untuk tekan button cook tu. Jadi bawah ni aku tunjukkan cara aku sendal rice cooker tu dengan sapu tangan. Hehehehe..
![]() |
sumbat mulut rice cooker dengan sapu tangan..heheheh..bkn penderaan ye.. ;p |
Selalunya cekodok yang aku masak mesti keras sebab kejap suhu masa masak tu berubah-ubah kan. Tapi hari ni cekodok yang aku masak rangup dan sedap! Hahahaha..puji diri sendiri la pulak. Tapi serius memang sedap kali ni. Jadi lepas ni tak payah la aku nak susah-susah tekan periuk masa masak. Yang aku pelik kenapa lah idea ni tak datang masa mula-mula aku masak guna rice cooker. Kalau tak mesti hidup aku akan lebih mudah dengan rice cooker yang aku ada. Hehehe.. Jadi kat bawah ni aku lampirkan la sedikit sebanyak gambar-gambar bukti yang aku masak guna rice cooker. Gambar nasi goreng cina yang aku masak semalam pun ada.. Hehehehe.. Kepada yang nak cuba tu boleh la mencuba ya..Jimat pun jimat. Renung-renungkan dan selamat mencuba ye! =)
![]() |
memasak dengan suhu yang betul dapat menghasilkan masakan yang baik.. =) |
![]() |
tadaaaaa...dah siap untuk dimakan! =D |
![]() |
ni nasi goreng cina yang dimasak semalam..heheheh.. |
-S-
Saya belajar bidang komputer tapi belum tentu saya boleh menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan komputer!
Hari ni aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai seorang
pelajar dalam bidang komputer dan IT. Dulu masa diploma aku ambil jurusan
kejuruteraan komputer dan sekarang aku menyambung pengajian ku ke peringkat
ijazah dalam bidang Computer Science major dalam System and Networking. Dilema
yang sering aku alami sejak zaman diploma lagi sampailah sekarang ni ialah
orang sekeliling anggap yang aku tahu pasal semua hal yang berkaitan dengan
komputer. Termasuklah ayah aku sendiri. Hehehehehe.. Bab ayah aku tu aku tak
kisah sangat la sebab orang tua ni kita kena faham. Mereka bukan tahu apa yang
kita belajar. Kalau kita terangkan kat mereka pun bukan mereka faham sangat.
Yang mereka tahu kalau belajar dalam bidang komputer tu bermakna dia tahu la
pasal ilmu komputer ni. Hehehehe.. Pasal orang-orang tua ni aku dah tahu cara
nak mengatasinya. Tapi yang aku masih dalam dilema bila kawan-kawan yang
sama-sama masih belajar pun masih tak faham pasal benda ni. Mereka belajar pun
bukan calang-calang bidang. Kebanyakan dalam bidang kejuruteraan, bisnes, akaun
dan sebagainya. Dan apa yang selalu aku hadapi ialah bila mereka ada masalah
berkaitan komputer, sebagai contoh mereka nak cari subtitle untuk movie yang
mereka tengok kat laptop, mereka akan tanya pada aku. Ada pernah satu hari
kawan aku ni nak tengok movie kat laptop dia dan entah macam mana dia buat kat
laptop dia tu sampai movie subtitle yang dia dah install software tu tak boleh
nak guna. Dia pun call lah aku untuk bagitau pasal masalah dia tu. Dan aku
cakap kat dia yang aku tak dapat nak tolong dia sebab aku memang tak tahu
menahu pasal benda tu. Walaupun aku dah cakap aku tak tahu menahu pasal benda
tu kawan aku ni tetap juga nak suruh aku tolong selesaikan masalah dia tu. Dia
kata nak datang rumah aku untuk suruh aku tengok masalah dia. Aku pun iye kan
jelah sebab dah dia nak datang. Hehehehehe.. Tapi serius aku memang tak tahu
apa-apa pasal benda tu. Kadang-kadang ada juga rasa malu sebab orang mengharap
sangat kat kita sebab dia ingat kita tahu segalanya pasal komputer. Aku nak
cakap kat sini walaupun aku belajar bidang komputer tapi aku bukan tahu
segala-gala benda pasal komputer. Kita belajar kat mana-mana pun bukan kita
belajar semua benda. Ada bahagian-bahagian tertentu sahaja yang kita belajar.
Dan paling menyukarkan ialah aku tak tengok movie kat laptop. Hehehehe.. Sangat
jarang untuk aku download dan simpan movie dalam laptop. Kalau pasal muzik aku
memang suka. Aku memang suka download lagu. Pasal movie ni kalau ada pun satu
dua je dalam laptop aku. Tu pun kawan-kawan yang bagi. Sebab tu lah aku tak
tahu apa-apa hal yang berkaitan dengan movie ni. Apatah lagi software-software
yang digunakan untuk subtitle atau apa-apa saja yang berkaitan dengannya. Ada
pula kadang tu mereka tak dapat nak akses internet. Sebab streamyx ada masalah.
Tak pun broadband tak de connection atau tak de coverage dan sewaktu dengannya.
Huhuhuhu.. Kadang aku rasa macam geram juga bila mereka bertanya pasal benda tu
kat aku. Tapi tak kan la nak marah orang yang bertanya elok-elok pada kita
kan?? Aku pun cuba la untuk menjawab soalan mereka dengan cara baik. Aku cuba
untuk tahu apa masalah mereka dulu dan bila aku tahu yang masalah tu bukan aku
yang patut selesaikan maka aku akan suruh mereka untuk menghubungi pihak yang
berwajib la untuk menyelesaikan masalah mereka. Hahahahaha.. Yela kan, masa nak
masukkan streamyx kat rumah pun mesti juruteknik TM akan datang ke rumah anda
untuk setting benda tu. Tak kan ada masalah dengan streamyx anda nak merujuk
pada saya yang belajar bidang komputer ni?
Aku bukan juruteknik TM yang tau selok belok pasal produk
mereka ni.Dan aku juga bukan juruteknik Celcom, Maxis, Digi, Unifi atau adik
beradik mereka yang sedarah dengan mereka. Dan saya juga bukan pakar dalam
setiap software yang ada.
Sama juga kalau mereka yang belajar dalam bidang bisnes atau
akaun, apa perasaan anda kalau orang bertanya pada anda tentang masalah yang
mereka hadapi bila kad bank mereka tak boleh akses? Bila duit dalam simpanan
mereka tiba-tiba berkurang? Tak pun bila ada kawan-kawan anda yang membuka
kedai makan atau restoran, bila mesin tunai kat kedai mereka tak boleh
digunakan dan mereka akan bertanya kepada anda cara untuk selesaikan masalah
mesin tunai mereka tu. Apa yang anda akan lakukan?? Anda pasti akan jadi stress
kan? Mesti anda akan cakap pada kawan anda tu untuk hubungi pihak yang berwajib
untuk selesaikan masalah mesin tunai dia tu kan? Hehehehehe.. Kita kena lah
cari saluran yang betul untuk setiap perkara yang kita nak selesaikan. Kalau
nak format laptop tu jangan la cari kawan yang belajar dalam bidang komputer,
tapi carilah kedai komputer yang berhampiran anda. Hahahaha.. Bukan semua
pelajar bidang komputer tahu format laptop sendiri. Memang la ada yang tahu
format, tapi tak semestinya pelajar komputer yang tahu. Sebab kami bukan
belajar dan diajar untuk format komputer. Dan kami bukan belajar untuk guna
semua software mahupun application yang wujud dalam dunia ni. Kalau ada pun
kami belajar sendiri. Benda-benda tu bukan masuk dalam silibus pelajaran kami.
Sama juga lah untuk yang belajar bidang lain. Sebenarnya perkara ni bukan la
perkara yang serius sangat pun, cuma aku rasa macam rimas la sikit bila orang
anggap yang kita pakar dalam semua perkara yang berkaitan bidang yang kita
pelajari. Paling sedih bila orang mula pertikai apa yang kita pelajari sebab
kita tak boleh nak selesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan bidang yang
kita ambil. Bukan saja pertikai tapi kadang-kadang tu ada yang macam memerli
dan menghina. Huhuhuhu.. Sedih bila fikir untuk puaskan hati manusia. Oleh
itu kita kena lah belajar untuk jadi diri sendiri dan percaya pada diri
sendiri. Cuba buat yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga hidup kita diberkati
olehNya...Amiinnn...
-S-
Kau GEMOK kau HODOH, kau kurus kau CANTIK!
Zaman sekarang ni memang tak dinafikan yang wanita lebih ramai berbanding lelaki. Bila melangkah kaki ke alam dewasa, setiap orang mesti pernah melalui pengalaman mencari pasangan hidup. Dalam erti kata lain jodoh. Dulu masa zaman sekolah aku tak penah ambil tahu pun pasal benda ni, tapi bila dah habis zaman persekolahan dan bila umur menjangkau 20 tahun, baru aku mula berfikir pasal perkara ni. Maklum la, sebab masa ni la kawan-kawan sekolah ada yang dah kahwin. So secara tak langsung hati ini pun terdetik untuk mencari pasangan hidup juga. Hehehehe.. Dengan jumlah kaum adam yang semakin berkurangan, agak sukar bagi kaum hawa untuk mencari pasangan hidupnya. Bukan la aku tak percaya pada jodoh yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Tapi fitrah manusia yang ingin mempunyai pasangan sebagai teman hidup membuatkan diri ini mula mencari. Proses mencari menjadi agak sukar untuk kaum hawa kerana kaum adam mempunyai banyak pilihan untuk mereka memilih calon pilihan hati mereka. Maklom la..bila dah banyak pilihan ni boleh petik jari je..Macam dialog dalam cerita P Ramlee, "petik je jari 10 yang datang"..heheheh..Makanya, orang yang mempunyai pakej lengkap akan menjadi keutamaan dulu. Beruntunglah pada mereka yang mempunyai pakej lengkap. Maksud aku pakej lengkap orang yang mempunyai bentuk badan yang kecil dan kurus, mempunyai rupa paras yang menarik, berkulit cerah dan pandai bergaya. Bagi orang yang berbadan besar ni, memang agak sukar untuk menemui pasangan hidup mereka. Jadi bagi yang berbadan besar kena berusaha keras sikit untuk mencari pasangan hidup mereka kerana bukan mudah untuk kita jatuh hati pada orang yang berbadan besar. Baik lelaki mahupun perempuan. Sebagai contoh, belum tentu seorang lelaki yang berbadan besar akan suka pada perempuan yang berbadan besar juga dan belum tentu seorang perempuan yang berbadan besar akan suka pada lelaki yang berbadan besar. Citarasa setiap orang adalah berbeza-beza. Memang ada yang suka pada orang yang berbadan besar, tapi tak ramai la. Segelintir je. Itu pun bukan orang berbadan besar yang biasa-biasa yang mereka suka, tapi mereka suka orang berbadan besar yang bergaya dan menjaga penampilan dirinya walaupun dia gemuk.Dalam erti kata lain, walaupun mereka suka orang gemuk tapi orang gemuk yang cantik dan 'stylo' la. Manusia memang sukakan kecantikan. Walaupun dalam bab mencari pasangan hidup ni memang la ramai orang kata jangan pilih kecantikan nya, tapi pilih la agama dan akhlaknya tapi tak kan la kita nak berkahwin dengan orang yang kita tak suka nak tengak muka dia kan? Kecantikan pun penting dalam bab mencari pasangan ni.
Aku teringat masa dalam kelas Agama Islam, Ustaz aku pernah cakap yang kita dah banyak dipesongkan dengan budaya Barat. Contohnya seperti kurus tu macam satu fesyen. Orang yang kurus akan dipandang mulia dan disukai ramai. Manakala orang yang gemuk pula akan dipandang rendah dan hina. Sebab bagi mereka orang yang gemuk ni sangat hodoh dan tidak tahu tentang fesyen dan kecantikan. Sebab itu lah pada hari ini kita tengok ramai golongan yang bersaiz besar ni lebih merendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berada di khalayak ramai. Aku juga sebenarnya sedang melalui situasi ini. Masa zaman kurus dulu rasa bahagia je, tapi bila dah gemuk ni baru aku tahu apa perasaan orang gemuk yang lain. Tapi aku tak peduli. Aku tak boleh terus nak merendah diri dan rasa malu untuk berada di khalayak ramai. Kenapa mesti kita dengar kata-kata orang yang akan menyakitkan hati kita?? Dunia ini bukan milik mereka. Dan sebagai orang yang dah gemuk, aku tengah berusaha untuk menurunkan kembali berat badan aku yang dah lebih-lebih berat ni. Bukan ape, bila gemuk ni aku rasa badan aku semakin tak sihat. Siapa yang nak hidup dalam kesakitan kan?? Tak salah kalau gemuk, tapi pastikan diri anda sihat dan anda bahagia. Tapi jika anda rasa gemuk tu sesuatu yang tidak membahagiakan hidup anda, maka buat lah sesuatu untuk bahagiakan diri anda. Bila bersaiz besar ni, nak cari pakaian pun susah. Maklum sajalah saiz pakaian zaman sekarang ni semua kecil-kecil belaka. Banyak saiz untuk orang yang berbadan kecil je. Yang badan besar ni memang susah sangat nak cari. Kalau ada pun saiz besar mesti rekaan tak menarik. Memang kalau kita tengok pun tak berkenan. Banyak rekaan yang cantik-cantik hanya untuk yang bersaiz kecil. Makin kecil saiz badan seseorang makin senang untuknya mendapatkan rekaan pakaian yang digemari. Nampak sangat berlakunyandiskriminasi disitu. Masa kita membeli belah pun, kadang-kadang ada jurujual yang menyinggung perasaan pelanggan yang berbadan besar. Bila kita tanya ada saiz yang besar tak untuk pakaian tu?? Dengan lirikan mata menghina jurujual tu menjawab "takdela..semua saiz kecik-kecik je..yang besar dari ni takde." Aku tahu la kamu kurus. Tapi tak perlu la membalas pertanyaan orang dengan cara begitu. Cantik sangat ke kamu sampai nak pandang orang lain begitu?? Tak mengapalah, mungkin anda rasa diri anda sudah cukup sempurna berbanding orang lain. Itu hak masing-masing. Walau apa pun kita kena yakin pada diri kita sendiri. Hidup kita di dunia ini sangat singkat, selagi berpeluang buat lah yang terbaik untuk diri anda ya! Semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan dan diberkati olehNya..Amiinn..
-S-
Aku teringat masa dalam kelas Agama Islam, Ustaz aku pernah cakap yang kita dah banyak dipesongkan dengan budaya Barat. Contohnya seperti kurus tu macam satu fesyen. Orang yang kurus akan dipandang mulia dan disukai ramai. Manakala orang yang gemuk pula akan dipandang rendah dan hina. Sebab bagi mereka orang yang gemuk ni sangat hodoh dan tidak tahu tentang fesyen dan kecantikan. Sebab itu lah pada hari ini kita tengok ramai golongan yang bersaiz besar ni lebih merendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berada di khalayak ramai. Aku juga sebenarnya sedang melalui situasi ini. Masa zaman kurus dulu rasa bahagia je, tapi bila dah gemuk ni baru aku tahu apa perasaan orang gemuk yang lain. Tapi aku tak peduli. Aku tak boleh terus nak merendah diri dan rasa malu untuk berada di khalayak ramai. Kenapa mesti kita dengar kata-kata orang yang akan menyakitkan hati kita?? Dunia ini bukan milik mereka. Dan sebagai orang yang dah gemuk, aku tengah berusaha untuk menurunkan kembali berat badan aku yang dah lebih-lebih berat ni. Bukan ape, bila gemuk ni aku rasa badan aku semakin tak sihat. Siapa yang nak hidup dalam kesakitan kan?? Tak salah kalau gemuk, tapi pastikan diri anda sihat dan anda bahagia. Tapi jika anda rasa gemuk tu sesuatu yang tidak membahagiakan hidup anda, maka buat lah sesuatu untuk bahagiakan diri anda. Bila bersaiz besar ni, nak cari pakaian pun susah. Maklum sajalah saiz pakaian zaman sekarang ni semua kecil-kecil belaka. Banyak saiz untuk orang yang berbadan kecil je. Yang badan besar ni memang susah sangat nak cari. Kalau ada pun saiz besar mesti rekaan tak menarik. Memang kalau kita tengok pun tak berkenan. Banyak rekaan yang cantik-cantik hanya untuk yang bersaiz kecil. Makin kecil saiz badan seseorang makin senang untuknya mendapatkan rekaan pakaian yang digemari. Nampak sangat berlakunyandiskriminasi disitu. Masa kita membeli belah pun, kadang-kadang ada jurujual yang menyinggung perasaan pelanggan yang berbadan besar. Bila kita tanya ada saiz yang besar tak untuk pakaian tu?? Dengan lirikan mata menghina jurujual tu menjawab "takdela..semua saiz kecik-kecik je..yang besar dari ni takde." Aku tahu la kamu kurus. Tapi tak perlu la membalas pertanyaan orang dengan cara begitu. Cantik sangat ke kamu sampai nak pandang orang lain begitu?? Tak mengapalah, mungkin anda rasa diri anda sudah cukup sempurna berbanding orang lain. Itu hak masing-masing. Walau apa pun kita kena yakin pada diri kita sendiri. Hidup kita di dunia ini sangat singkat, selagi berpeluang buat lah yang terbaik untuk diri anda ya! Semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan dan diberkati olehNya..Amiinn..
-S-
Wednesday, 21 March 2012
KECUAIAN merupakan perkara yang sangat MERUGIKAN!
Hari ni dapat keputusan lab test subjek Operating System. Ye, memang aku sangat kecewa dengan keputusan yang aku dapat sebab aku target dapat markah penuh untuk lab test tu. Tapi disebabkan kecuaian aku, banyak markah aku hilang. Memang kesal bila kita dapat markah kurang sebab kecuaian kita. Kita kesal sebab kita tahu buat tapi silap masa menulis. Lagi-lagi bila masa yang diberikan tak mencukupi. Tu yang buat kita jadi kelam kabut dan nak cepat sangat sampai kita buat silap tanpa kita sedar. Soalan tu senang sangat..sayang sangat sebab tak dapat nak score..Tapi tak pela, walau ape pun aku tetap bersyukur dengan ape yang aku dapat. Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk test yang akan datang.Aamiinnnn...
-S-
-S-
kawan atau LAWAN??
Semua orang mesti pernah melalui pengalaman bila kita ada seorang kawan yang rapat dengan kita. Ke mana saja mesti bersama. Kawan yang aku maksud kan ni kawan kampus la..Melalui pengalaman aku, kawan zaman sekolah dan kawan kampus sangat berbeza. Zaman sekolah dulu, kalau kita ada kawan rapat, kemana saja kita pergi mseti bersama.Masa kita dalam kesusahan dan kesenangan pun kawan sentiasa ada disisi kita. Berbeza pula bila kita melangkah ke menara gading. Kawan yang kita kenal biasanya hanya cari kita bila mereka memerlukan kita. Contohnye untuk duduk serumah, untuk teman pergi kelas, teman beli makanan, dan paling penting sekali untuk buat group assignment. Perkara yang banyak timbul masalah dalam persahabatan ni bila kita bekerja dalam satu kumpulan. Mesti ada yang tak puas hati. Memang tak dinafikan, akal dan pemikiran setiap manusia berbeza-beza. Susah untuk kita berfikir sama macam ape yang orang lain fikir. Tapi walau macam mana pun cara kita berfikir, kita kena la ade sifat tanggungjawab. Kita dah cukup matang untuk belajar memikul tanggungjawab. Apatah lagi kita bekerja dengan orang, kena la ada rasa tanggungjawab baru la orang percaya pada kita.
Aku terkilan sangat dengan perangai seorang kawan aku ni. Pada aku, kalau nak berkawan dengan dia untuk teman pegi kelas, untuk teman pegi makan, untuk minta dia ajar ape-ape yang tak faham pasal pelajaran boleh la cari dia..Tapi kalau nak buat group assignment tak payah ambil orang macam dia. Sebab nya nanti semua task tu kita yang kena buat sendiri. Dia buat tak tau je. Bukan kita tak ingatkan dia. Sampai berbuih dah mulut ni mengingatkan dia. Sebenarnya mengingatkan sambil perli dia. Hehehehe..tapi tu pun tak paham-paham lagi. Bila kita tanya pasal assignment, ade je alasan yang dia akan bagi. Alasan yang slalu dia bagi tu mesti dia cakap nak study untuk quiz la malam ni..tak dapat nk buat hari ni..bila tanya esok, dia cakap nak study untuk test la minggu depan.Tak dapat nak buat. Tapi bila aku dah buat sorang2 smpai siap, baru la dia cakap "maaf sebab tak dapat nak buat sama..ko buat sorang je..kesian kat ko.." Bila aku dah siapkan pandai la pulak kau cakap maaf ye?selama yang aku ajak buat sama2 tu punya lah banyak alasan kau bagi. Dan semua alasan yang kau bagi tu seolah-olah macam kau sorang je yang study. Padahal aku dengan kau ambil 3 subjek yang sama, cuma ada 1 je yang tak sama. Aku boleh je siapkan assignment tu. Dengan part dia skali aku siapkan. Aku pun ade quiz n test. Aku pun nak study. Ingat dia sorang je yang nak study?? Dia sangat tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dia sorang je. Lame jugak aku perhatikan prangai dia ni sebab tak nak salah anggap. Dari tahun lepas aku perhati dia, aku buat asgmen 2 orang dengan dia. Memang dia lepas tangan. Dan sekarang ni buat asgmen 5 orang 1 group pun dia masih macam tu. Aku ingat bila dengan aku je prangai dia macam tu, rupanya bila dah group dengan orang lain pun dia lepas tangan jugak. Aku memang geram sangat. Dalam hati ni memang rasa nak berterus terang tapi bila fikir balik baik aku diam dari bercakap. Sebab aku tau orang macam ni dia tak boleh terima bila orang tegur kesalahan dia. Dia rasa diri dia bagus sebab tu dia lepas tangan je kalau buat kerja berkumpulan.
Kalau nak tengok dari segi luaran nye, kawan aku tu jenis gadis yang lemah lembut, sopan santun..kira kalau orang tengok dari segi luaran dia orang tak percaya la yang dia tu jenis yang suka lepas tangan bila buat kerja dengan orang. Aku serik sangat nak bekerjasama dengan orang macam dia. Kalau cakap pasal orang lain tu bukan main lagi. Tapi diri sendiri tak sedar buat silap yang sama. Huhuhuhu.. Bukan main lagi dia cerita kat aku yang dia bengang dengan roomate dia punye kawan sebab biar roomate dia tu buat lab report sorang2. Yang awak dok biar kawan buat asgmen sorang2 siap buat task awak lagi tu ape hal nye plak?tak bengang ke kalau awk kt tempat saya?? Apela nasib kenal dengan orang tak sedar diri macam tu. Nak diluah mati kawan, tak diluah aku yang sakit hati. Grrrrr~!!!
Oleh kerana masa mmg cemburu tengok aku menaip, maka sampai lah masa untuk aku menutup mata. Tapi bukan untuk selamanya ok~! Untuk 8 jam je..hehehhe.. Nyte~
-S-
Wednesday, 14 March 2012
Prihatin Atau Tidak, Terpulang
Sekarang ni tengah panas tentang isu kanak kanak berusia lima tahun diculik kemudian dibakar. Kepada siapa yang masih tak tahu isu ni, err kenapa tak tahu eh? Allergic dengan surat khabar ke peti televisyen baru je kena tarik sebab tak bayar hutang? Yang pasti, kamu orang yang paling malang.
Kes itu seharusnya dijadikan iktibar oleh semua insan yang bergelar ibu bapa dan bakal ibu bapa. Betul orang cakap, buat anak tu senang (maaf kepada yang mandul, jangan terasa), tapi nak menjaga anak, macam macam rintangan yang harus dihadap. Itu juga satu selingan pesanan buat aku.
Dalam hal Arwahyarham Adik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah, siapa yang harus dipersalahkan? Penjenayah? Ibu bapa? Keluarga? atau adik tu sendiri?
![]() |
Sumber : Google |
Penjenayah telah melakukan tugasnya sebagai penjenayah dan kelihatan seperti usaha mereka telah berjaya. Mungkin mereka sedang gembira dengan jenayah yang dilakukan tapi adakah mereka benar benar bersalah? Bagi penjenayah, perbuatan mereka sentiasa betul di mata mereka. Itu pasti.
Ibu bapa Dirang telah membesarkan kanak kanak itu dengan baik tetapi sedikit kecuaian berlaku di mana kanak kanak sekecil itu dibiarkan keluar keseorangan membeli telur dan mee segera. Siap dibekalkan empat ringgit. Adakah ibu dan bapanya atau keluarganya patut disalahkan?
Dan aku pasti kanak kanak sekecil itu tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. LIMA tahun. Masih berhingus lagi untuk tahu betapa kejamnya dunia hari ini.
![]() |
Sumber : Google |
Jadi soalan aku sekali lagi. Siapa yang patut dipersalahkan?
Bagi aku, tiada siapa yang patut disalahkan. Ibu mana yang tak sayangkan anak? Dan cuai itu sememangnya kelemahan abadi manusia. Bak kata mak aku, benda dah nak jadi, kita elak macam mana pun tetap jadi. Nasi dah jadi bubur. Kalau pun ibunya menemani anaknya ke kedai, adakah kamu yakin penculikan itu takkan terjadi?
Inilah yang dipanggil takdir atau ketentuan Allah, Tuhan yang Satu.
Mati itu pasti, masa takkan sedikit berganjak atau berkurang. Cuma punca kematian yang kadang kala buat kita sedikit terkilan. Untuk kes Arwahyarham Adik Dirang, peristiwa ini menjadi satu tamparan hebat buat ahli keluarga dan kawasan kejiranan. Mungkin juga segelintir rakyat Malaysia sedikit tertampar dengan isu ini.
Nak marah lebih pun tak guna. Persoalan aku, kalau betul rakyat Malaysia prihatin, kenapa jiran yang nampak budak tu tak temankan dia sampai kedai kemudian hantar dia balik? Mustahil sorang pun tak nampak budak tu jalan sorang diri? Mustahil.
Ya, rakyat Malaysia akan menjadi lebih prihatin apabila sesuatu perkara itu telah terjadi. Mereka lebih suka merawat daripada menghindar. Itu sifat kita. Benda dah jadi, baru sibuk nak melatah sana sini, terkangkang kiap maki tak tentu hala, salahkan orang. Yes, we are like that. Terima sahaja kebenaran tu.
![]() |
Sumber : Google |
Aku tak nak salahkan mana mana pihak, cuma aku mintak kita lebih prihatin di masa akan datang. Jangan marah jika digelar busybody atau sibuk jaga tepi kain orang kerana perbuatan tulah yang akan selamatkan banyak pihak.
Dan bagi mak cik mak cik, tak payah nak sibuk sangat ambil tahu anak siapa yang mengandung luar nikah, laki siapa yang kawin tiga, empat, siapa yang bercerai semua tu. Lebih baik kalian kisahkan anak anak kecil yang berkeliaran di luar sana. Jika mak bapak mereka cuai, kalian tolonglah tengok tengokkan.
Ingatan untuk diri sendiri.
- M-
Giliran Partner Kedua Untuk Berucap
HELLO! We are noob in blogging but we trust in the power of WORD! So with this blog, we will try to spread the word of love, peace and humanity. Do support us!
Assamualaikum. Bye.
-M-
Monday, 12 March 2012
Dugaan berpuasa...
Huhuhuhuhu..hari ni merupakan hari yg mungkin susah untuk aku lupakan..first time melalui saat cemas bile kreta kwn aku tibe-tibe mati kat tengah jalan.Mase tu hanye Tuhan je yang tau prasaan kami bertiga dalam kereta tu.Kami bertiga dlm perjalanan ke restoran Soho kt Bandar Baru Bangi untuk buka puase..Dah la lampu hijau kat traffic light, banyak kenderaan plak tu.Maklum la waktu petang kan..Memang waktu jalan sebok orang balik keje.Time tu muke kawan aku dah cuak giler.Dia try start2 enjin tapi tak boleh.Dah la kreta kat tgh jalan..blakang kreta kitorng ade lori besar berderet2 lalu kat sebelah..huhuhu..lampu kecemasan pon xleh hdop..memang xleh nk wtpe la..kitorang dok je dalam kete sementare kawan aku call ayah dia.Banyak kenderaan lain yang hon2 kt kitorg tapi kitorang wat xtau je..maklum la 3 org gurl dlm kreta tu.Nak kua masing2 takot..sebab kreta bhenti btol2 kat tengah jalan.Naseb baik ayah kawan aku tu keje dia dekat dgn workshop kat bangi ni..So dia sruh budak workshop tu dtg kt tempat kitorang tu.Sementare nak tunggu pomen datang tu kitorang dok dalam kreta je.Tak lame tu ade brader ni naik moto.Dia bhenti n dtg kt kreta kitorg.Dia tnye npe dik?Kreta rosak ke?kami jwb la 'yela bang..'brader tu ckp adik kene alihkan kreta kt tepi.Nanti kenderaan lain nak lalu susah..abg tolong tolak eh..brader tu pn tolak la kreta ke tepi jln..pastu dia try cek pe prob dgn kreta tu..tp malangnye dia x dpt tlg..sbb dia pn x ta sgt..tp xpela..at lez dia tlg tolak..sblm dia pegi tu kitorg ucap la thanx kat dia sbb tlg tolak kete..heheheh..aku pn tlg tolak jgk time tu..first time tolak kete..hahahah..lps brader tu bla kmi lepak2 je tepi jln tu..amik angin..tp mmg menakutkan lepak kt tepi jln tu..mcm2 org ade..ade yg dtg nk tlg jgk tp xdpt nk tlg..ade yg buat muke menakutkan kitorang..memang rase mcm nak nanges.Tak lame kitorang tggu tepi jln tu, dari jauh nampak kreta peronda.Mereka datang nak tolong kami.Time mreka bru nak cek kreta, pomen sblh ofis ayh kawan aku tu pn datang.Time tu kmi bertige rse lega sikit.Lepas pomen tu tukar bateri, kitorang pn tros g restoran Soho kt Bandar Baru Bangi..Fuhhhhh..smpai2 kt kedai tu ingat nk order ciken cop..tapi ciken cop tak bukak lak..sedih jugak la..sebab memang plan nk buka ciken cop dari minggu lepas..Last2 kami order jela nasi goreng kampung..nasi goreng paprik..camtu jela..xde la makan western..huhuhu..lepas mlantak, kami borak2 tggu nasi turun dalam perut.Then teros balik ostel.Tak brani nak jalan2 lagi..ahahahaha..cuak wooo..Walau ape pon, pengalaman hari ni memang best la.Takot tu memang takot tp skurang2nye aku dh ade pengalaman merase kreta mati kat tengah jalan..So pasni aku tau la ape yang aku nak buat bile brade dalam situasi mcm tu..hehehehe..Untuk kwn2 ku, kamu mmg best la..susah senang kite harung bersame ye.. =) -S-
![]() |
abg peronda datang..heheheh =) |
![]() |
control cuak..huhuhu |
![]() |
abg pomen.. = |
Perasmian blog duo for the first time~~eh yeke??hohoho
Assalamualaikum..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, saya Cik Scha(blog partner) dengan banggenye merasmikan blog duo ini..Semoge dengan ade nye blog ini saya dan blog partner dapat berkongsi segala perkara untuk tatapan diri sendiri mahupun masyarakat..hehehehe =)
-S-
Subscribe to:
Posts (Atom)