Wednesday, 21 March 2012

kawan atau LAWAN??

Semua orang mesti pernah melalui pengalaman bila kita ada seorang kawan yang rapat dengan kita. Ke mana saja mesti bersama. Kawan yang aku maksud kan ni kawan kampus la..Melalui pengalaman aku, kawan zaman sekolah dan kawan kampus sangat berbeza. Zaman sekolah dulu, kalau kita ada kawan rapat, kemana saja kita pergi mseti bersama.Masa kita dalam kesusahan dan kesenangan pun kawan sentiasa ada disisi kita. Berbeza pula bila kita melangkah ke menara gading. Kawan yang kita kenal biasanya hanya cari kita bila mereka memerlukan kita. Contohnye untuk duduk serumah, untuk teman pergi kelas, teman beli makanan, dan paling penting sekali untuk buat group assignment. Perkara yang banyak timbul masalah dalam persahabatan ni bila kita bekerja dalam satu kumpulan. Mesti ada yang tak puas hati. Memang tak dinafikan, akal dan pemikiran setiap manusia berbeza-beza. Susah untuk kita berfikir sama macam ape yang orang lain fikir. Tapi walau macam mana pun cara kita berfikir, kita kena la ade sifat tanggungjawab. Kita dah cukup matang untuk belajar memikul tanggungjawab. Apatah lagi kita bekerja dengan orang, kena la ada rasa tanggungjawab baru la orang percaya pada kita.

Aku terkilan sangat dengan perangai seorang kawan aku ni. Pada aku, kalau nak berkawan dengan dia untuk teman pegi kelas, untuk teman pegi makan, untuk minta dia ajar ape-ape yang tak faham pasal pelajaran boleh la cari dia..Tapi kalau nak buat group assignment tak payah ambil orang macam dia. Sebab nya nanti semua task tu kita yang kena buat sendiri. Dia buat tak tau je. Bukan kita tak ingatkan dia. Sampai berbuih dah mulut ni mengingatkan dia. Sebenarnya mengingatkan sambil perli dia. Hehehehe..tapi tu pun tak paham-paham lagi. Bila kita tanya pasal assignment, ade je alasan yang dia akan bagi. Alasan yang slalu dia bagi tu mesti dia cakap nak study untuk quiz la malam ni..tak dapat nk buat hari ni..bila tanya esok, dia cakap nak study untuk test la minggu depan.Tak dapat nak buat. Tapi bila aku dah buat sorang2 smpai siap, baru la dia cakap "maaf sebab tak dapat nak buat sama..ko buat sorang je..kesian kat ko.." Bila aku dah siapkan pandai la pulak kau cakap maaf ye?selama yang aku ajak buat sama2 tu punya lah banyak alasan kau bagi. Dan semua alasan yang kau bagi tu seolah-olah macam kau sorang je yang study. Padahal aku dengan kau ambil 3 subjek yang sama, cuma ada 1 je yang tak sama. Aku boleh je siapkan assignment tu. Dengan part dia skali aku siapkan. Aku pun ade quiz n test. Aku pun nak study. Ingat dia sorang je yang nak study?? Dia sangat tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dia sorang je. Lame jugak aku perhatikan prangai dia ni sebab tak nak salah anggap. Dari tahun lepas aku perhati dia, aku buat asgmen 2 orang dengan dia. Memang dia lepas tangan. Dan sekarang ni buat asgmen 5 orang 1 group pun dia masih macam tu. Aku ingat bila dengan aku je prangai dia macam tu, rupanya bila dah group dengan orang lain pun dia lepas tangan jugak. Aku memang geram sangat. Dalam hati ni memang rasa nak berterus terang tapi bila fikir balik baik aku diam dari bercakap. Sebab aku tau orang macam ni dia tak boleh terima bila orang tegur kesalahan dia. Dia rasa diri dia bagus sebab tu dia lepas tangan je kalau buat kerja berkumpulan.

Kalau nak tengok dari segi luaran nye, kawan aku tu jenis gadis yang lemah lembut, sopan santun..kira kalau orang tengok dari segi luaran dia orang tak percaya la yang dia tu jenis yang suka lepas tangan bila buat kerja dengan orang. Aku serik sangat nak bekerjasama dengan orang macam dia. Kalau cakap pasal orang lain tu bukan main lagi. Tapi diri sendiri tak sedar buat silap yang sama. Huhuhuhu.. Bukan main lagi dia cerita kat aku yang dia bengang dengan roomate dia punye kawan sebab biar roomate dia tu buat lab report sorang2. Yang awak dok biar kawan buat asgmen sorang2 siap buat task awak lagi tu ape hal nye plak?tak bengang ke kalau awk kt tempat saya?? Apela nasib kenal dengan orang tak sedar diri macam tu. Nak diluah mati kawan, tak diluah aku yang sakit hati. Grrrrr~!!!

Oleh kerana masa mmg cemburu tengok aku menaip, maka sampai lah masa untuk aku menutup mata. Tapi bukan untuk selamanya ok~! Untuk 8 jam je..hehehhe.. Nyte~

-S-

No comments: