Hari ni aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai seorang
pelajar dalam bidang komputer dan IT. Dulu masa diploma aku ambil jurusan
kejuruteraan komputer dan sekarang aku menyambung pengajian ku ke peringkat
ijazah dalam bidang Computer Science major dalam System and Networking. Dilema
yang sering aku alami sejak zaman diploma lagi sampailah sekarang ni ialah
orang sekeliling anggap yang aku tahu pasal semua hal yang berkaitan dengan
komputer. Termasuklah ayah aku sendiri. Hehehehehe.. Bab ayah aku tu aku tak
kisah sangat la sebab orang tua ni kita kena faham. Mereka bukan tahu apa yang
kita belajar. Kalau kita terangkan kat mereka pun bukan mereka faham sangat.
Yang mereka tahu kalau belajar dalam bidang komputer tu bermakna dia tahu la
pasal ilmu komputer ni. Hehehehe.. Pasal orang-orang tua ni aku dah tahu cara
nak mengatasinya. Tapi yang aku masih dalam dilema bila kawan-kawan yang
sama-sama masih belajar pun masih tak faham pasal benda ni. Mereka belajar pun
bukan calang-calang bidang. Kebanyakan dalam bidang kejuruteraan, bisnes, akaun
dan sebagainya. Dan apa yang selalu aku hadapi ialah bila mereka ada masalah
berkaitan komputer, sebagai contoh mereka nak cari subtitle untuk movie yang
mereka tengok kat laptop, mereka akan tanya pada aku. Ada pernah satu hari
kawan aku ni nak tengok movie kat laptop dia dan entah macam mana dia buat kat
laptop dia tu sampai movie subtitle yang dia dah install software tu tak boleh
nak guna. Dia pun call lah aku untuk bagitau pasal masalah dia tu. Dan aku
cakap kat dia yang aku tak dapat nak tolong dia sebab aku memang tak tahu
menahu pasal benda tu. Walaupun aku dah cakap aku tak tahu menahu pasal benda
tu kawan aku ni tetap juga nak suruh aku tolong selesaikan masalah dia tu. Dia
kata nak datang rumah aku untuk suruh aku tengok masalah dia. Aku pun iye kan
jelah sebab dah dia nak datang. Hehehehehe.. Tapi serius aku memang tak tahu
apa-apa pasal benda tu. Kadang-kadang ada juga rasa malu sebab orang mengharap
sangat kat kita sebab dia ingat kita tahu segalanya pasal komputer. Aku nak
cakap kat sini walaupun aku belajar bidang komputer tapi aku bukan tahu
segala-gala benda pasal komputer. Kita belajar kat mana-mana pun bukan kita
belajar semua benda. Ada bahagian-bahagian tertentu sahaja yang kita belajar.
Dan paling menyukarkan ialah aku tak tengok movie kat laptop. Hehehehe.. Sangat
jarang untuk aku download dan simpan movie dalam laptop. Kalau pasal muzik aku
memang suka. Aku memang suka download lagu. Pasal movie ni kalau ada pun satu
dua je dalam laptop aku. Tu pun kawan-kawan yang bagi. Sebab tu lah aku tak
tahu apa-apa hal yang berkaitan dengan movie ni. Apatah lagi software-software
yang digunakan untuk subtitle atau apa-apa saja yang berkaitan dengannya. Ada
pula kadang tu mereka tak dapat nak akses internet. Sebab streamyx ada masalah.
Tak pun broadband tak de connection atau tak de coverage dan sewaktu dengannya.
Huhuhuhu.. Kadang aku rasa macam geram juga bila mereka bertanya pasal benda tu
kat aku. Tapi tak kan la nak marah orang yang bertanya elok-elok pada kita
kan?? Aku pun cuba la untuk menjawab soalan mereka dengan cara baik. Aku cuba
untuk tahu apa masalah mereka dulu dan bila aku tahu yang masalah tu bukan aku
yang patut selesaikan maka aku akan suruh mereka untuk menghubungi pihak yang
berwajib la untuk menyelesaikan masalah mereka. Hahahahaha.. Yela kan, masa nak
masukkan streamyx kat rumah pun mesti juruteknik TM akan datang ke rumah anda
untuk setting benda tu. Tak kan ada masalah dengan streamyx anda nak merujuk
pada saya yang belajar bidang komputer ni?
Aku bukan juruteknik TM yang tau selok belok pasal produk
mereka ni.Dan aku juga bukan juruteknik Celcom, Maxis, Digi, Unifi atau adik
beradik mereka yang sedarah dengan mereka. Dan saya juga bukan pakar dalam
setiap software yang ada.
Sama juga kalau mereka yang belajar dalam bidang bisnes atau
akaun, apa perasaan anda kalau orang bertanya pada anda tentang masalah yang
mereka hadapi bila kad bank mereka tak boleh akses? Bila duit dalam simpanan
mereka tiba-tiba berkurang? Tak pun bila ada kawan-kawan anda yang membuka
kedai makan atau restoran, bila mesin tunai kat kedai mereka tak boleh
digunakan dan mereka akan bertanya kepada anda cara untuk selesaikan masalah
mesin tunai mereka tu. Apa yang anda akan lakukan?? Anda pasti akan jadi stress
kan? Mesti anda akan cakap pada kawan anda tu untuk hubungi pihak yang berwajib
untuk selesaikan masalah mesin tunai dia tu kan? Hehehehehe.. Kita kena lah
cari saluran yang betul untuk setiap perkara yang kita nak selesaikan. Kalau
nak format laptop tu jangan la cari kawan yang belajar dalam bidang komputer,
tapi carilah kedai komputer yang berhampiran anda. Hahahaha.. Bukan semua
pelajar bidang komputer tahu format laptop sendiri. Memang la ada yang tahu
format, tapi tak semestinya pelajar komputer yang tahu. Sebab kami bukan
belajar dan diajar untuk format komputer. Dan kami bukan belajar untuk guna
semua software mahupun application yang wujud dalam dunia ni. Kalau ada pun
kami belajar sendiri. Benda-benda tu bukan masuk dalam silibus pelajaran kami.
Sama juga lah untuk yang belajar bidang lain. Sebenarnya perkara ni bukan la
perkara yang serius sangat pun, cuma aku rasa macam rimas la sikit bila orang
anggap yang kita pakar dalam semua perkara yang berkaitan bidang yang kita
pelajari. Paling sedih bila orang mula pertikai apa yang kita pelajari sebab
kita tak boleh nak selesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan bidang yang
kita ambil. Bukan saja pertikai tapi kadang-kadang tu ada yang macam memerli
dan menghina. Huhuhuhu.. Sedih bila fikir untuk puaskan hati manusia. Oleh
itu kita kena lah belajar untuk jadi diri sendiri dan percaya pada diri
sendiri. Cuba buat yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga hidup kita diberkati
olehNya...Amiinnn...
-S-
No comments:
Post a Comment