Sunday, 25 March 2012

Teknik memasak guna rice cooker..

Haa..masa belajar mesti kita nak berjimat cermat kan? Ada yang nak berjimat, mereka suka masak sendiri dirumah berbanding beli makanan diluar. Yela, kalau sebungkus nasi dan lauk berharga RM5 untuk sekali makan, mesti tak cukup untuk tahan perut kita untuk 1 hari kan? Kalau aku makan nasi sekali sehari ok je tapi petang kena la makan sampingan macam roti ke..mi ke.. atau cekodok..baru rasa kenyang. Ada juga orang yang nak berjimat dia masak nasi sendiri tapi beli lauk kat luar. Kebanyakan kita mesti ada rice cooker je kan? Sebab tu lah kita cuma boleh masak nasi je.

Sekarang aku nak kongsi teknik untuk memasak apa sahaja dengan menggunakan rice cooker. Sebelum ni aku menghadapi kesukaran juga untuk masak guna rice cooker ni. Sebab bila panas je secara automatik rice cooker tu akan alih pada mode 'WARM'. Sebelum ni bila nak masak aku kena letak apa-apa atas rice cooker supaya jadi berat dan boleh la tekan untuk 'COOK'. Kalau kita cuma letak minyak dalam tu mesti kita tak boleh tekan untuk cook sebab periuk tu ringan. Lama aku fikir pasal masalah aku ni. Tiba-tiba minggu ni aku dapat idea untuk sendal ruang untuk tekan button cook tu. Jadi bawah ni aku tunjukkan cara aku sendal rice cooker tu dengan sapu tangan. Hehehehe..

sumbat mulut rice cooker dengan sapu tangan..heheheh..bkn penderaan ye.. ;p



Selalunya cekodok yang aku masak mesti keras sebab kejap suhu masa masak tu berubah-ubah kan. Tapi hari ni cekodok yang aku masak rangup dan sedap! Hahahaha..puji diri sendiri la pulak. Tapi serius memang sedap kali ni. Jadi lepas ni tak payah la aku nak susah-susah tekan periuk masa masak. Yang aku pelik kenapa lah idea ni tak datang masa mula-mula aku masak guna rice cooker. Kalau tak mesti hidup aku akan lebih mudah dengan rice cooker yang aku ada. Hehehe.. Jadi kat bawah ni aku lampirkan la sedikit sebanyak gambar-gambar bukti yang aku masak guna rice cooker. Gambar nasi goreng cina yang aku masak semalam pun ada.. Hehehehe.. Kepada yang nak cuba tu boleh la mencuba ya..Jimat pun jimat. Renung-renungkan dan selamat mencuba ye! =)



 memasak dengan suhu yang betul dapat menghasilkan masakan yang baik..  =)



tadaaaaa...dah siap untuk dimakan! =D

ni nasi goreng cina yang dimasak semalam..heheheh.. 

-S-










No comments: