Sunday, 25 March 2012

Kau GEMOK kau HODOH, kau kurus kau CANTIK!

Zaman sekarang ni memang tak dinafikan yang wanita lebih ramai berbanding lelaki. Bila melangkah kaki ke alam dewasa, setiap orang mesti pernah melalui pengalaman mencari pasangan hidup. Dalam erti kata lain jodoh. Dulu masa zaman sekolah aku tak penah ambil tahu pun pasal benda ni, tapi bila dah habis zaman persekolahan dan bila umur menjangkau 20 tahun, baru aku mula berfikir pasal perkara ni. Maklum la, sebab masa ni la kawan-kawan sekolah ada yang dah kahwin. So secara tak langsung hati ini pun terdetik untuk mencari pasangan hidup juga. Hehehehe.. Dengan jumlah kaum adam yang semakin berkurangan, agak sukar bagi kaum hawa untuk mencari pasangan hidupnya. Bukan la aku tak percaya pada jodoh yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Tapi fitrah manusia yang ingin mempunyai pasangan sebagai teman hidup  membuatkan diri ini mula mencari. Proses mencari menjadi agak sukar untuk kaum hawa kerana kaum adam mempunyai banyak pilihan untuk mereka memilih calon pilihan hati mereka. Maklom la..bila dah banyak pilihan ni boleh petik jari je..Macam dialog dalam cerita P Ramlee, "petik je jari 10 yang datang"..heheheh..Makanya, orang yang mempunyai pakej lengkap akan menjadi keutamaan dulu. Beruntunglah pada mereka yang mempunyai pakej lengkap. Maksud aku pakej lengkap orang yang mempunyai bentuk badan yang kecil dan kurus, mempunyai rupa paras yang menarik, berkulit cerah dan pandai bergaya. Bagi orang yang berbadan besar ni, memang agak sukar untuk menemui pasangan hidup mereka. Jadi bagi yang berbadan besar kena berusaha keras sikit untuk mencari pasangan hidup mereka kerana bukan mudah untuk kita jatuh hati pada orang yang berbadan besar. Baik lelaki mahupun perempuan. Sebagai contoh, belum tentu seorang lelaki yang berbadan besar akan suka pada perempuan yang berbadan besar juga dan belum tentu seorang perempuan yang berbadan besar akan suka pada lelaki yang berbadan besar. Citarasa setiap orang adalah berbeza-beza. Memang ada yang suka pada orang yang berbadan besar, tapi tak ramai la. Segelintir je. Itu pun bukan orang berbadan besar yang biasa-biasa yang mereka suka, tapi mereka suka orang berbadan besar yang bergaya dan menjaga penampilan dirinya walaupun dia gemuk.Dalam erti kata lain, walaupun mereka suka orang gemuk tapi orang gemuk yang cantik dan 'stylo' la. Manusia memang sukakan kecantikan. Walaupun dalam bab mencari pasangan hidup ni memang la ramai orang kata jangan pilih kecantikan nya, tapi pilih la agama dan akhlaknya tapi tak kan la kita nak berkahwin dengan orang yang kita tak suka nak tengak muka dia kan? Kecantikan pun penting dalam bab mencari pasangan ni.

Aku teringat masa dalam kelas Agama Islam, Ustaz aku pernah cakap yang kita dah banyak dipesongkan dengan budaya Barat. Contohnya seperti kurus tu macam satu fesyen. Orang yang kurus akan dipandang mulia dan disukai ramai. Manakala orang yang gemuk pula akan dipandang rendah dan hina. Sebab bagi mereka orang yang gemuk ni sangat hodoh dan tidak tahu tentang fesyen dan kecantikan. Sebab itu lah pada hari ini kita tengok ramai golongan yang bersaiz besar ni lebih merendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berada di khalayak ramai. Aku juga sebenarnya sedang melalui situasi ini. Masa zaman kurus dulu rasa bahagia je, tapi bila dah gemuk ni baru aku tahu apa perasaan orang gemuk yang lain. Tapi aku tak peduli. Aku tak boleh terus nak merendah diri dan rasa malu untuk berada di khalayak ramai. Kenapa mesti kita dengar kata-kata orang yang akan menyakitkan hati kita?? Dunia ini bukan milik mereka. Dan sebagai orang yang dah gemuk, aku tengah berusaha untuk menurunkan kembali berat badan aku yang dah lebih-lebih berat ni. Bukan ape, bila gemuk ni aku rasa badan aku semakin tak sihat. Siapa yang nak hidup dalam kesakitan kan?? Tak salah kalau gemuk, tapi pastikan diri anda sihat dan anda bahagia. Tapi jika anda rasa gemuk tu sesuatu yang tidak membahagiakan hidup anda, maka buat lah sesuatu untuk bahagiakan diri anda. Bila bersaiz besar ni, nak cari pakaian pun susah. Maklum sajalah saiz pakaian zaman sekarang ni semua kecil-kecil belaka. Banyak saiz untuk orang yang berbadan kecil je. Yang badan besar ni memang susah sangat nak cari. Kalau ada pun saiz besar mesti rekaan tak menarik. Memang kalau kita tengok pun tak berkenan. Banyak rekaan yang cantik-cantik hanya untuk yang bersaiz kecil. Makin kecil saiz badan seseorang makin senang untuknya mendapatkan rekaan pakaian yang digemari. Nampak sangat berlakunyandiskriminasi disitu. Masa kita membeli belah pun, kadang-kadang ada jurujual yang menyinggung perasaan pelanggan yang berbadan besar. Bila kita tanya ada saiz yang besar tak untuk pakaian tu?? Dengan lirikan mata menghina jurujual tu menjawab "takdela..semua saiz kecik-kecik je..yang besar dari ni takde." Aku tahu la kamu kurus. Tapi tak perlu la membalas pertanyaan orang dengan cara begitu. Cantik sangat ke kamu sampai nak pandang orang lain begitu?? Tak mengapalah, mungkin anda rasa diri anda sudah cukup sempurna berbanding orang lain. Itu hak masing-masing. Walau apa pun kita kena yakin pada diri kita sendiri. Hidup kita di dunia ini sangat singkat, selagi berpeluang buat lah yang terbaik untuk diri anda ya! Semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan dan diberkati olehNya..Amiinn..

-S-

No comments: