Wednesday, 14 March 2012

Prihatin Atau Tidak, Terpulang


Sekarang ni tengah panas tentang isu kanak kanak berusia lima tahun diculik kemudian dibakar. Kepada siapa yang masih tak tahu isu ni, err kenapa tak tahu eh? Allergic dengan surat khabar ke peti televisyen baru je kena tarik sebab tak bayar hutang? Yang pasti, kamu orang yang paling malang.

Kes itu seharusnya dijadikan iktibar oleh semua insan yang bergelar ibu bapa dan bakal ibu bapa. Betul orang cakap, buat anak tu senang (maaf kepada yang mandul, jangan terasa), tapi nak menjaga anak, macam macam rintangan yang harus dihadap. Itu juga satu selingan pesanan buat aku.

Dalam hal Arwahyarham Adik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah, siapa yang harus dipersalahkan? Penjenayah? Ibu bapa? Keluarga? atau adik tu sendiri?

Sumber : Google

Penjenayah telah melakukan tugasnya sebagai penjenayah dan kelihatan seperti usaha mereka telah berjaya. Mungkin mereka sedang gembira dengan jenayah yang dilakukan tapi adakah mereka benar benar bersalah? Bagi penjenayah, perbuatan mereka sentiasa betul di mata mereka. Itu pasti.

Ibu bapa Dirang telah membesarkan kanak kanak itu dengan baik tetapi sedikit kecuaian berlaku di mana kanak kanak sekecil itu dibiarkan keluar keseorangan membeli telur dan mee segera. Siap dibekalkan empat ringgit. Adakah ibu dan bapanya atau keluarganya patut disalahkan?

Dan aku pasti kanak kanak sekecil itu tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. LIMA tahun. Masih berhingus lagi untuk tahu betapa kejamnya dunia hari ini.

Sumber : Google

Jadi soalan aku sekali lagi. Siapa yang patut dipersalahkan?

Bagi aku, tiada siapa yang patut disalahkan. Ibu mana yang tak sayangkan anak? Dan cuai itu sememangnya kelemahan abadi manusia. Bak kata mak aku, benda dah nak jadi, kita elak macam mana pun tetap jadi. Nasi dah jadi bubur. Kalau pun ibunya menemani anaknya ke kedai, adakah kamu yakin penculikan itu takkan terjadi?

Inilah yang dipanggil takdir atau ketentuan Allah, Tuhan yang Satu.

Mati itu pasti, masa takkan sedikit berganjak atau berkurang. Cuma punca kematian yang kadang kala buat kita sedikit terkilan. Untuk kes Arwahyarham Adik Dirang, peristiwa ini menjadi satu tamparan hebat buat ahli keluarga dan kawasan kejiranan. Mungkin juga segelintir rakyat Malaysia sedikit tertampar dengan isu ini.

Nak marah lebih pun tak guna. Persoalan aku, kalau betul rakyat Malaysia prihatin, kenapa jiran yang nampak budak tu tak temankan dia sampai kedai kemudian hantar dia balik? Mustahil sorang pun tak nampak budak tu jalan sorang diri? Mustahil.

Ya, rakyat Malaysia akan menjadi lebih prihatin apabila sesuatu perkara itu telah terjadi. Mereka lebih suka merawat daripada menghindar. Itu sifat kita. Benda dah jadi, baru sibuk nak melatah sana sini, terkangkang kiap maki tak tentu hala, salahkan orang. Yes, we are like that. Terima sahaja kebenaran tu.


Sumber : Google

Aku tak nak salahkan mana mana pihak, cuma aku mintak kita lebih prihatin di masa akan datang. Jangan marah jika digelar busybody atau sibuk jaga tepi kain orang kerana perbuatan tulah yang akan selamatkan banyak pihak.

Dan bagi mak cik mak cik, tak payah nak sibuk sangat ambil tahu anak siapa yang mengandung luar nikah, laki siapa yang kawin tiga, empat, siapa yang bercerai semua tu. Lebih baik kalian kisahkan anak anak kecil yang berkeliaran di luar sana. Jika mak bapak mereka cuai, kalian tolonglah tengok tengokkan. 

Ingatan untuk diri sendiri.
  
- M-

No comments: